Comeback.

Assalamualaikum 

Tajuk taknak kalah. Dah setahun lebih aku tinggal blog ni tak terusik, baru sekarang minat nak ber-blogging tu datang balik. Sebab tu aku letak tajuk comeback. Last post aku pun tahun 2011. See, dah lama kan aku tak aktif dalam dunia blogging ni.
Sekarang aku dah 18. Dah habis sekolah. Hmm perasaan rindu yang membuak-buak dekat sekolah tu tak payah cakap lah. Eh wait, bukan rindu sekolah pun sebenarnya. Rindu kawan-kawan dekat sekolah tu yang lebih. Rindu nak ponteng kelas, rindu nak tidur dalam kelas and bla bla bla. Sampai tahun depan pun belum tentu habis kan kalau nak cerita. Result SPM pun dah keluar. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan result aku walaupun lari target. Taklah seteruk mana pun, tapi kecewa jugak lah kan sebab tak boleh nak banggakan parents. Tapi rezeki kita dimana-mana, aku pasti Allah dah merancang yang terbaik. Aku pasghah, aku menyeghah.

Dah habis sekolah kan, so aku dengan sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan-rakan , teman-teman seangkatan dah pun terpisah berpecah habis semua. Yelah demi nak sambung study untuk masa depan belia negara agama dan bangsa. Yang sorang kesini, sorang lagi kesana, dia pulak kesitu, merata-rata lah kira. Sedih. Sedih teramat sangat. Kawan dari zaman tak berapa nak cerdik sampai dah rasa macam matang dah. Mean dari dulu sampai sekarang, and now semua dah berpecah. Tapi jauh hanya dimata, dihati tetap tak ada yang boleh gantikan tempat dorang semua :')

Nasib baik sempat jugak spent time dengan dorang semua. Reunion dekat Teluk Batik/Pulau Pangkor yang telah menghimpun kami semua budak-budak Vermillion Fortune (3 Bestari 2010) sebelum berpisah. Reunion yang paling best! Reunion yang tak mungkin aku lupa. Reunion yang paling jauh. Ahah yelah selalu kan orang buat reunion dekat mall, or dinner sekali or whatsoever kan. Kami lak buat dah macam pergi melancong pulak. Tapi sumpah best and unforgettable reunion ever. And paling penting, cikgu kami ikut jugak k, Cikgu Rosliza and Teacher Ain. Aku yakin, dorang semua pun tak kan lupa semua kenangan-kenangan masa reunion tu. Masa kita bising-bising atas bas, masa kita naik bot, masa kita jejalan dekat Pangkor, masa kita mandi pantai bagai nak rak dekat Teluk Batik, masa kita overnight sampai pukul 3 pagi, masa kita tidur, masa kita gedik-gedik sesama. Gosh I've already missed those moments.

Untuk sahabat, kawan, rakan, teman yang dah pergi dan akan pergi merantau tu. Semoga ALLAH lindungi kalian semua, semoga dapat sesuaikan diri dengan keadaan dan tempat baru. Ingat ALLAH selalu. Gudluck and PLS MISS ME :')



No comments: