Smile.

Assalamualaikum

start your day with a smileeeeeeeee

Hmm selalu dah tinggal blog ni, jarang sangat dah nak buka. Ni pun tetiba teringat then tergerak hati nak update. Lots of things happened, ada yang baik ada yang buruk. Taktahu nak mula dari mana haha okay. Study? Alhamdulillah so far takda masalah lagi. And alhamdulillah jugak sem lepas pointer lebih dari target untuk dekan, dapatlah jugak merasa jadi budak AKJ gitew. Sem ni seems like way more susah tapi I will try harder sebab mama cakap tolonglah bagi pointer sem ni lagi tinggi dari sem lepas. Yelah, semua ni untuk mama dengan abah jugak kan.
Sekarang bulan Ramadhan, dah nak habis dah sebenarnya. Tinggal lebih kurang seminggu lagi ja yang tinggal. And guess what? Dalam masa yang tak berapa hari ja lagi nak raya ni I had been involved in an accident. Dekat Slim River hari Jumaat 18/7/2014 around 10pm macam tu lah. Kitorang keluar nak isi minyak and cari kedai motor sebenarnya sebab motor tu tayar memang dah barai, then kawasan tu gelap pulak kan terlanggar lopak, I lost my control and..... terseret tepi jalan. Luckily ada dua biji kereta behenti and dorang lah yang bawak pergi hospital. Well taklah seteruk mana tapi I almost lost two of my fingers. Kena jahit jugak lah 3 jarum kat jari kaki ni. Tak bagitau parents pun pasal ni, tak nak dorang susah hati sebab benda sikit ja hehehehehe tapi the saddest part is nanti raya takboleh pakai heels, and this is sooooooooooooo hurtful.
So in advance aku nak cakap Selamat Hari Raya Aidilfitri to all muslim bloggers sebab lepas ni entah bila lah pulak aku nak buka balik blog ni. Oh by the way nak jugak bagitau! Baju raya kita warna merah hitam this year, taktau lah rupa baju tu macam mana sebab mama yang design sendiri and mama tak kasi aku tengok lagi haha but in mama I trust. Tahun tahun sebelum ni pun mama jugak yang buat dan aku memang berpuas hati dengan semua baju yang mama buat so this year pun I hope so. Kalau tak mampus tak raya lah aku jawabnya hahaha. And thats all for now. Annyeong! Assalamualaikum 

No comments: